Lari kedarat

Hidup penuh kepura-puraan,
apa yang dilihat belum tentu hakikat,
apa yang tersurat belum tentu kenyataan,
yang tersirat dilihat,
tak pasti mana arahnya.

Hidup mengikut arus,
kadang-kadang hanyut ke tepian,
tersangkut pada akar,
tengelam dalam lumpur,
ingin cuba menongkah arus,
tetapi keringat tak terdaya,
patutkah aku terbalikkan perahu,
berenang ketebing naik kedarat?

Berjalan didarat belum tentu tiada rintangan,
kadang-kadang kena melompat,
kadang-kadang kena memanjat,
tersilap menapak terpijak duri,
tersilap sendeng terpalit sembilu,
tapi aku boleh jadi aku,
berlari ketika perlu,
berjalan ketika mahu,
berhenti rehat dibawah pohon kayu.

Pelawak Durja

Makhluk kecil yang korup

No comments:

Post a Comment

Instagram