Keras, lembut, sedap, kuat, lemah. Semua bagaikan tiada makna bila
kewarasan merajuk. Logik hanyalah pembolehubah yang boleh bertukar
mengikut perasaan. Sekeras-keras batu yang menjamah kepala terasa lembut
bila kemarahan menguasai, Sesedap sepinggan nasi di waktu kelaparan
terasa tawar bila hati tak sudi merasai.
Aku selalu ingat aku kental, keras kepala, tak kesah apa yang orang
cakap, secara pendeknya, BATU. Aku buat apa yang aku suka, aku tinggal
yang aku benci. Penilaian luar hanya cebisan pendapat yang boleh aku
simpan atau ronyok campak ke lantai. Ada aku kesah? Dan aku selalunya
bermain atas benang nipis antara baik atau buruk, lawa atau hodoh, gelap
atau cerah. Aku tak kesah salah asalkan aku rasa aku betul. Kalau aku
cakap hitam, hitamlah walaupun sebenarnya ia putih. Dan korang takkan
dapat tukar aku dengan mudah.
Sekarang, satu kuasa yang pernah aku takuti datang menyapa. Kuasa yang
aku selalu menjauhkan diri, kerana aku tau, kuasa itu boleh mengangkat
manusia setinggi-tingginya, atau menghempas manusia jatuh kebumi.
sebelum ini aku takut. Tak apa la tak dapat terbang pun asalkan aku tak
jatuh terhempas. Sakit. Tak pernah aku tergerak untuk buka pintu rumah
aku walaupun ia datang merisik. Aku sembunyi dalam bilik, aku lari
keluar tingkap.
Tapi, kali ini ia datang mengetuk lagi, selepas aku banyak terjatuh,
selepas aku banyak terluka. Walau tanpa ia aku tetap terluka. Walau pun
aku tak boleh terbang aku tetap jatuh, aku tetap sakit. Datangnya kali
ini membawa penawar. Ubat untuk luka-luka aku. Bawa aku terbang
setinggi-tinggi. Bawa aku pergi laju-laju.
Sekarang aku rasa, kalau pun aku jatuh, aku takkan menyesal. Mungkin
juga aku takkan rasa sakitnya. Kerana aku ada penawar, aku tengah 'high'
dengan 'adreneline'. Semua sensor aku bagaikan tidak berfungsi,
Tersangkut di dahan pokok, aku ketawa, gilakah aku? Pemuja logik ini
nampaknya sudah tidak waras.
Gembira, takut, bahagia, sunyi, rindu, cinta, cuak, lega, geram, marah,
cemburu, pasrah, kepercayaan. Aku diajar makna baru bagi segala benda.
Bagaimana takut boleh meriangkan, bagaimana bagai mana cuak boleh
memberi ketenangan, bagaimana gembira kadang-kadang menyakitkan. Dan
bagaimana rasa cuak boleh bertukar kepada lega yang teramat-amat sangat
hanya dengan satu gelak. Satu tawa, yang boleh menghalau segala duka.
Dan aku tak kesah. Aku masih batu, tapi aku tidak keras. Kadang-kadang
aku kapas, tapi aku tidak lembut. Sekeras-keras berlian masih boleh
dipotong kalau diikut uratnya. Nasi yang sama boleh jadi sedap, boleh
jadi tawar, dengan hanya mengubah fikiran.
Aku adalah aku, Aku adalah batu, dan aku juga adalah kapas. Aku tak
kesah. Tapi yang paling paling penting, aku suka makan nasi. Lapa...